Guru perlu memahami dengan jelas prinsip utama pendekatan pedagogi terbeza bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan.
Kualiti Kurikulum
Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai matlamat pembelajaran.
Persekitaran yang menyokong pedagogi terbeza
Menyediakan persekitaran yang kondusif, bagi menyokong PdP.
Pentaksiran yang berterusan dan konsisten
Melaksanakan pentaksiran secara berterusan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.
Pengajaran yang responsif untuk memenuhi kepelbagaian murid
Melaksanakan PdP yang responsif yang bersesuaian dengan keupayaan murid agar mereka mampu mencapai kejayaan.
Pengurusan fleksibel
Menguruskan pelaksanaan PdP yang fleksibel dengan mengiktirafkan kesediaan, minat dan profil pembelajaran murid.
