Pentadbir

  • Mewujudkan ruang dan fleksibiliti kepada guru untuk melaksanakan pendekatan pedagogi terbeza.
  • Melibatkan pelbagai peringkat kepimpinan di sekolah.
  • Merancang pelaksanaan dan penambahbaikan pendekatan pedagogi terbeza di sekolah melalui Latihan Dalam Perkhidmatan/ Professional Learning Community (PLC). Contoh: pengajaran mikro.

Murid

  • Membuat pilihan pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan tahap penguasaan.
  • Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab dalam pembelajaran.
  • Menyelesaikan tugasan yang diberikan.
  • Menjalin kerjasama dengan rakan sekelas.
  • Memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran.

Guru

  • Merancang PdP berdasarkan dokumen kurikulum, minat, keupayaan serta profil murid.
  • Menilai pengetahuan dan tahap penguasaan sedia ada murid.
  • Memberikan pilihan dan peluang kepada murid untuk belajar dan mencapai objektif pembelajaran.
  • Memberikan ruang kepada murid untuk menghasilkan tugasan mengikut tahap keupayaan serta kreativiti murid.
  • Merancang aktiviti mengikut kesesuaian ruang dan suasana pembelajaran.
  • Menggunakan bahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran.
  • Memastikan persekitaran yang kondusif sepanjang PdP.
  • Menyediakan aktiviti hands-on/learning by doing.