Tema: Saya dan Masyarakat
Nilai: Baik hati

Sasaran

Semua murid Pendidikan Moral Tahun 5

Strategi

Secara individu atau kumpulan

Kaedah

Secara individu dan kumpulan

Dalam Pedagogi Terbeza, guru telah mengenal pasti muridnya dan menetapkan kandungan.
Kandungan

Peka terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat.

Objektif
  • Menyatakan kepentingan perasaan peka terhadap kebajikan masyarakat.
  • Menzahirkan perasaan peka terhadap kebajikan masyarakat.
  • Menunjuk cara sikap peka terhadap kebajikan masyarakat.

Bahan rangsangan praujian

Guru mengenal pasti keupayaan murid berdasarkan praujian menggunakan kaedah lisan seperi aktiviti berikut:

  1. Murid bersoal jawab berdasarkan gambar yang ditunjukkan atau
  2. Murid bersoal jawab tentang aktiviti peka kebajikan dalam masyarakat berdasarkan gambar.

Maklumat semasa praujian, guru telah mengenal pasti muridnya:

Contoh:

  • Murid dikelompokkan ke dalam kumpulan fleksibel berdasarkan pengetahuan sedia ada.
  • Kumpulan fleksibel murid diberi nama yang bersesuaian.
Kumpulan Santun

Murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang sedikit tentang tajuk.

Kumpulan Sopan

Murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang sederhana tentang tajuk.

Kumpulan Hormat

Murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang meluas tentang tajuk.

Content Here

Proses Pedagogi Terbeza

Kumpulan Santun

Aktiviti Individu atau Kumpulan

Langkah Pelaksanaan

  • Guru menyediakan sampul yang mengandungi 20 perkataan nilai baik hati.
  • Murid memilih satu nilai baik hati dan berbeza dengan ahli kumpulan.
  • Murid menghasilkan lukisan/tulisan mengandungi nilai baik hati di atas batu.
  • Tahap penguasaan murid boleh ditentukan oleh guru sesama PdP.
Kumpulan Sopan

Cadangan aktiviti: Individu

Langkah Pelaksanaan

  • Murid diberikan beberapa contoh poster bertemakan komuniti.
  • Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan poster bertemakan komuniti.
  • Murid menghasilkan poster komuniti bertemakan peka dalam masyarakat dengan bimbingan guru.
  • Guru menentukan kaedah pentaksiran semasa PdP dan secara berterusan.
Kumpulan Hormat

Cadangan aktiviti: Kumpulan

Langkah Pelaksanaan

  • Guru menyediakan panduan ringkas untuk menghasilkan Jar Berisi Hati.
  • Murid bersoal jawab semasa menyediakan aktiviti ini.
  • Guru menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) semasa PdP.
Kumpulan Santun

Produk: Batu Baik Hati

  • Cadangan alatan dan bahan yang ringkas
  • Nota: Bimbing dan pantau keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti.
Kumpulan Sopan

Produk: Poster

  • Menghasilkan poster tentang komuniti.
Kumpulan Hormat

Produk: Jar Berisi Hati

  • Murid menyediakan peralatan untuk membuat Jar Berisi Hati.
  • Murid dibimbing semasa melakukan aktiviti menghasilkan produk.
  • Guru menjalankan PBD semasa PdP.