☰
×
  • 1.1 Pengenalan Pedagogi Terbeza
  • 1.2 Matlamat dan Objektif Pedagogi Terbeza
  • 1.3 Definisi Pedagogi Terbeza
  • 1.4 Kenapa Pedagogi Terbeza?
  • 2.1 Kerangka Pelaksanaan Pedagogi Terbeza
  • 2.2 5 Prinsip Utama Pedagogi Terbeza
  • 2.3 Elemen Pedagogi Terbeza
  • 2.4 Memahami Kepelbagaian Murid
  • 2.5 Langkah Pelaksanaan Pedagogi Terbeza
  • 2.6 Pentaksiran Pedagogi Terbeza
  • 2.7 Pentaksiran Berterusan Pedagogi Terbeza
  • 2.8 Peranan Pedagogi Terbeza
  • 3.1 Prasekolah - Meneroka Anggota Badan Haiwan
  • 3.2 Prasekolah - Anggota Badan Manusia
  • 3.3 Pendidikan Moral Tahun 5
  • 3.4 Bahasa Iban Sekolah Rendah Tahun 5
  • 3.5 Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Pendidikan Khas
  • 3.6 Matematik Sekolah Menengah Tingkatan 2
  • 3.7 Asas Komputer Tingkatan 1

Modul Pedagogi Terbeza
>> 2.0 Metodologi Pedagogi Terbeza >> 2.3 4 Elemen Pedagogi Terbeza

Halaman 07

Modul Pedagogi Terbeza
>> 2.0 Metodologi Pedagogi Terbeza >> 2.3 4 Elemen Pedagogi Terbeza

2.3

4 Elemen
Pedagogi Terbeza

Your browser does not support the audio element.

1. Kandungan

Apakah yang dipelajari?

  • Guru mengubah suai kandungan pelajaran mengikut kesediaan murid, minat dan profil pembelajaran.
  • Guru menyesuaikan kandungan pelajaran mengikut keperluan dan tahap kemampuan murid.

2. Proses

Bagaimanakah isi kandungan dipelajari?

  • Guru merancang proses pengajaran yang melibatkan aktiviti PdP.
  • Guru mengubah suai mengikut minat dan gaya pembelajaran murid.
  • Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran, sumber dan aktiviti pengajaran seperti secara individu, berpasangan, kumpulan atau dalam kumpulan.
  • Guru mempelbagaikan soalan berdasarkan keupayaan murid.
  • Guru memastikan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan berdasarkan peningkatan penguasaan murid.

3. Produk

Bagaimanakan hasil pembelajaran murid dinilai?

  • Guru membezakan produk dengan memberikan bahan yang berbeza mengikut kecenderungan pembelajaran (kesediaan belajar, minat dan profil pembelajaran murid).
  • Guru mempelbagai kaedah penilaian.
  • Murid boleh memilih pelbagai cara untuk menunjukkan hasil pemahaman mereka seperti penulisan, persembahan, projek dan lain-lain.

4. Persekitaran

Suasana bilik dajah dan bagaimanakah ia berfungsi?

  • Guru menyusun atur persekitaran bilik darjah yang kondusif bagi menarik minat murid belajar dan mewujudkan interaksi sosial yang baik.

Hakcipta terpelihara © Kementerian Pendidikan Malaysia